Remaja berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tiga pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii, merogol dan merompak hingga mencederakan mangsa di sebuah hotel bajet, minggu lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Nariman Badruddin.